14 May 2011

aYaM LemON aqu!






Bahan-bahan
• 1 Ekor Ayam
• 2 biji lemon (kalau nak kurangkan masam boleh kurangkan lemon). Hiris sikit untuk hiasan.
• 10 tangkai cili hijau (boleh tambah kalau nak pedas)
• Tepung salut ayam (tepung gandum biasa pun boleh, jika nak lagi sedap guna tepung tempura)
• 2 sudu besar tepung jagung
• Serbuk lada putih
• Garam
• Gula
Cara-cara
1. Rebus ayam sampai masak
2. Toskan ayam tu (air rebusan ayam biar dalam periuk nak buat kuah lemon nanti) dan perap dengan serbuk lada putih selama 3 jam (lagi lama lagi sedap)
3. Campurkan tepung tempura dengan sikit air, kemudian salut ayam yang dah diperap tadi dengan tepung tempura, goreng macam goreng ayam biasa, angkat bila dah garing
4. Untuk kuah lemon, campurkan air rebusan ayam tadi dengan serbuk lada putih, garam gula secukup rasa, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Tutup api, dan masukkan lemon dan cili hijau tadi. Campurkan ayam goreng tadi ke dalam kuah lemon.
5. Tabur hirisan lemon untuk hiasan.
6. Siap untuk dihidangkan.


xxoxoxo

No comments:

Post a Comment

bedal jew apew2 labu,,labi pun nak usha gak nieyh...hoho